RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
(RPH)
PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN SEKOLAH RENDAH
Mata pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Kelas : 4 Usaha
Bilangan Murid : 20 orang
Tarikh : 13 Mac 2013
Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tema : 4 - Kenali Budaya Malaysia.
Tajuk : a) Kenali dan apresiasi kekayaan pelbagai
warisan budaya Malaysia.
Subtajuk : Makanan Tradisional
Masyarakat di Malaysia.
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran
dan pembelajaran ini, murid dapat:
a) Mengenali
jenis-jenis makanan tradisional pelbagai kaum di Malaysia.
b) Menyenaraikan
ciri-ciri makanan tradisional bagi setiap kaum di Malaysia.
c) Membanding
bezakan jenis makanan tradisional mengikut kaum di Malaysia.
Ringkasan Isi Kandungan:
a) Guru
memperkenalkan beberapa jenis-jenis makanan tradisional kaum Melayu, Cina, India,
dan Siam.
b) Murid-murid
dapat mengenali ciri-ciri makanan tradisional bagi setiap kaum di Malaysia.
c) Murid-murid
dapat membanding bezakan makanan tradisional bagi setiap kaum di Malaysia.
Penerapan Nilai-nilai Murni / Nilai Alam Sekitar:
a) Hormat-menghormati.
b) Keterbukaan
dalam menerima warisan budaya kaum lain.
c) Menghargai
semua warisan budaya yang ada di Malaysia.
Unsur Patriotisme:
a) Berbangga
dengan kepelbagaian dan keunikan makanan tradisional setiap kaum di Malaysia.
Pengalaman Sedia Ada:
a) Murid-murid
hanya mengetahui beberapa jenis makanan tradisional kaum-kaum di Malaysia.
b) Murid-murid
pernah menikmati makanan tradisional kaumnya sahaja.
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP):
Bil.
|
Sumber
|
Kuantiti
|
1
|
Komputer riba
|
1 unit
|
2
|
LCD
|
1 unit
|
3
|
Pembesar suara
|
1 unit
|
4
|
Sampul surat mengandungi situasi dan dialog
|
4 keping
|
5
|
Model makanan tradisional
|
3 unit
|
6
|
Token
|
4 keping
|
7
|
Lirik lagu ‘Makanan Tradisional’
|
20 keping
|
8
|
Gambar latar belakang setiap situasi
|
4 keping
|
9
|
Permainan “Jigsaw
Puzzle”
|
-
|
10
|
Persembahan powerpoint
mengenai makanan tradisional pelbagai kaum di Malaysia
|
-
|
11
|
Permainan ‘Uji Pintar’
|
-
|
12
|
Video klip lagu ‘Makanan Tradisional’
|
-
|
13
|
Muzik latar
|
-
|
14
|
Video klip mengenai makanan tradisional
|
-
|
Elemen Pengurusan, Pembelajaran Bestari, dan Kemahiran
Generik:
KBF - Menjana idea,
dan banding beza.
TKP - Muzik,
kinestetik, intrapersonal dan interpersonal.
TMK - Tayangan video
klip makanan tradisional, persembahan powerpoint
mengenai makanan tradisional pelbagai kaum di Malaysia, permainan “Jigsaw Puzzle”,
permainan ‘Uji Pintar’, tayangan gambar latar belakang setiap situasi, muzik
latar, dan tayangan video klip lagu ‘Makanan
Tradisional’.
BCB - Kemahiran
pengurusan kendiri (melalui perbincangan kumpulan) dan kemahiran mendengar dan
mengambil nota.
Kemahiran
Pembelajaran Kontekstual - Menghubung kait, mengalami, mengaplikasi,
bekerjasama, dan memindahkan
Prosedur
Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
|
Elemen
Pengurusan, Pembelajaran Bestari, dan Kemahiran Generik
|
Catatan
|
Set
Induksi (5 minit)
1. Guru
menayangkan video klip mengenai makanan tradisional masyarakat di Malaysia.
2. Murid-murid
bersoal jawab dengan guru:
·
Apakah yang dapat kamu
lihat dalam video tadi?
·
Apakah makanan tradisional
bagi setiap kaum di Malaysia?
·
Bilakah makanan
tradisional ini selalu dihidangkan?
3. Guru
mengaitkan set induksi dengan tajuk pelajaran hari ini.
|
TMK
- Video klip makanan tradisional.
|
BSPP:
Komputer
riba, video klip makanan tradisional, dan LCD.
Nilai-nilai murni:
a)
Menghargai semua warisan budaya yang ada di Malaysia.
Unsur Patriotisme:
Berbangga
dengan kepelbagaian dan keunikan makanan tradisional setiap kaum di Malaysia.
|
Langkah
1 (15 minit)
1. Murid-murid
dibahagikan kepada lima kumpulan.
2. Murid-murid
membaca kuat mengenai kepelbagaian
makanan tradisional setiap kaum di Malaysia berdasarkan persembahan powerpoint yang disediakan oleh guru.
3. Guru
mengedarkan model makanan tradisional kepada setiap kumpulan.
4. Murid-
murid menerangkan keunikan setiap makanan tradisional berdasarkan model
makanan tradisional kaum di Malaysia.
5. Guru
membimbing murid-murid untuk mendapatkan lebih idea dan maklumat.
|
TMK
- Persembahan powerpoint mengenai
makanan tradisional pelbagai kaum di Malaysia.
BCB
- Kemahiran mendengar dan mengambil nota.
|
BSPP:
Komputer
riba, persembahan powerpoint mengenai
makanan tradisional pelbagai kaum di Malaysia, model makanan tradisional, dan
LCD.
Nilai-nilai murni:
a)
Hormat-menghormati.
b)
Menghargai semua warisan budaya yang ada di Malaysia.
Unsur Patriotisme:
Berbangga
dengan kepelbagaian dan keunikan makanan tradisional setiap kaum di Malaysia.
|
Langkah
2 (20 minit)
1. Murid-murid
berada dalam lima kumpulan.
2. Wakil
daripada setiap kumpulan diminta untuk mengambil salah satu sampul surat yang
mengandungi situasi dan dialog yang perlu mereka lakonkan.
3. Murid-murid
diberikan masa selama 5 minit untuk membuat perbincangan kumpulan.
4. Guru
membimbing murid-murid dalam menjana idea untuk persembahan mereka.
5. Setiap
kumpulan dikehendaki untuk mempersembahkan lakonan mereka dihadapan kelas
dalam masa 3 minit.
6. Semasa
rakan-rakan yang lain membuat lakonan, murid-murid perlulah mencatat isi-isi
penting yang terdapat dalam lakonan tersebut.
|
TMK
- Gambar latar belakang setiap situasi dan muzik latar.
KBF
- Menjana idea.
TKP
- Kinestetik, muzik, intrapersonal dan interpersonal.
BCB
- Kemahiran pengurusan kendiri (melalui perbincangan kumpulan).
Kemahiran
Pembelajaran Kontekstual - Menghubung kait, mengalami, mengaplikasi,
bekerjasama, dan memindahkan.
-
Kemahiran mendengar dan mengambil nota.
|
BSPP:
Gambar
latar belakang setiap situasi, sampul surat yang mengandungi situasi dan
dialog, komputer riba, muzik latar dan LCD.
Nilai-nilai murni:
a)
Keterbukaan dalam menerima warisan budaya kaum lain.
b)
Menghargai semua warisan budaya yang ada di Malaysia.
Unsur Patriotisme:
Berbangga
dengan kepelbagaian dan keunikan makanan tradisional setiap kaum di Malaysia.
|
Langkah
3 (15 minit)
1. Guru
mengedarkan soalan permainan ‘Uji Pintar’ kepada setiap kumpulan dan menayangkan
permainan ‘Uji Pintar’ kepada murid-murid.
2. Secara
berkumpulan, murid-murid dikehendaki menyelesaikan permainan itu berdasarkan
kefahaman mengenai makanan tradisional kaum-kaum di Malaysia.
3. Setiap
kumpulan yang berjaya menyelesaikan setiap soalan akan diberikan token oleh
guru.
4. Permainan
diteruskan lagi dengan ‘Jigsaw Puzzle’.
5. Setiap
kumpulan yang berjaya menyelesaikan ‘Jigsaw
Puzzle’ akan diberikan token oleh guru.
6. Kumpulan
yang berjaya mengumpul bilangan token yang paling banyak akan diberi hadiah.
|
TMK
- Permainan ‘Uji Pintar’ dan permainan ‘Jigsaw
Puzzle’.
KBF
- Banding beza.
TKP
- Interpersonal.
|
BSPP:
Komputer
riba, LCD, token, lembaran kerja, permainan ‘Jigsaw Puzzle’ dan permainan ‘Uji Pintar’.
Nilai-nilai murni:
a)
Menghargai semua warisan budaya yang ada di Malaysia.
Unsur Patriotisme:
Berbangga
dengan kepelbagaian dan keunikan makanan tradisional setiap kaum di Malaysia.
|
Penutup
(5 minit)
1. Guru
merumuskan isi pelajaran pada hari ini.
2. Guru
mengedarkan lirik lagu ‘Makanan Tradisional’ kepada murid-murid.
3. Murid-murid
menyanyikan lagu ‘Makanan Tradisional’ dengan iringan muzik dan pergerakan.
4. Guru
mengucapakan terima kasih atas kerjasama yang mereka berikan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.
|
TMK
- Tayangan video klip lagu ‘Makanan Tradisional’.
TKP
- Muzik dan kinestetik.
|
BSPP:
Komputer
riba, LCD, pembesar suara, lirik lagu ‘Makanan Tradisional’ dan video klip
lagu ‘Makanan Tradisional’.
Nilai-nilai murni:
a)
Hormat-menghormati.
b)
Menghargai semua warisan budaya yang ada di Malaysia.
Unsur Patriotisme:
Berbangga
dengan kepelbagaian dan keunikan makanan tradisional setiap kaum di Malaysia.
|
No comments:
Post a Comment