Tuesday, July 23, 2013

RPH psk tahun 4



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH RENDAH

Mata pelajaran        : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Kelas                         : 4 Usaha
Bilangan Murid       : 20 orang
Tarikh                       : 13 Mac 2013
Masa                         : 9.00 pagi hingga 10.00 pagi
Tema                         : 4 - Kenali Budaya Malaysia.
Tajuk                         : a) Kenali dan apresiasi kekayaan pelbagai warisan budaya                                                   Malaysia.
Subtajuk                  : Makanan Tradisional Masyarakat di Malaysia.

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
a)    Mengenali jenis-jenis makanan tradisional pelbagai kaum di Malaysia.
b)    Menyenaraikan ciri-ciri makanan tradisional bagi setiap kaum di Malaysia.
c)    Membanding bezakan jenis makanan tradisional mengikut kaum di Malaysia.

Ringkasan Isi Kandungan:
a)    Guru memperkenalkan beberapa jenis-jenis makanan tradisional kaum Melayu, Cina, India, dan Siam.
b)    Murid-murid dapat mengenali ciri-ciri makanan tradisional bagi setiap kaum di Malaysia.
c)    Murid-murid dapat membanding bezakan makanan tradisional bagi setiap kaum di Malaysia.

Penerapan Nilai-nilai Murni / Nilai Alam Sekitar:
a)    Hormat-menghormati.
b)    Keterbukaan dalam menerima warisan budaya kaum lain.
c)    Menghargai semua warisan budaya yang ada di Malaysia.

Unsur Patriotisme:
a)    Berbangga dengan kepelbagaian dan keunikan makanan tradisional setiap kaum di Malaysia.

Pengalaman Sedia Ada:
a)    Murid-murid hanya mengetahui beberapa jenis makanan tradisional kaum-kaum di Malaysia.
b)    Murid-murid pernah menikmati makanan tradisional kaumnya sahaja.

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP):
Bil.
Sumber
Kuantiti
1
Komputer riba
1 unit
2
LCD
1 unit
3
Pembesar suara
1 unit
4
Sampul surat mengandungi situasi dan dialog
4 keping
5
Model makanan tradisional
3 unit
6
Token
4 keping
7
Lirik lagu ‘Makanan Tradisional’
20 keping
8
Gambar latar belakang setiap situasi
4 keping
9
Permainan “Jigsaw Puzzle
-
10
Persembahan powerpoint mengenai makanan tradisional pelbagai kaum di Malaysia
-
11
Permainan ‘Uji Pintar’
-
12
Video klip lagu ‘Makanan Tradisional’
-
13
Muzik latar
-
14
Video klip mengenai makanan tradisional
-

Elemen Pengurusan, Pembelajaran Bestari, dan Kemahiran Generik:
KBF - Menjana idea, dan banding beza.
TKP - Muzik, kinestetik, intrapersonal dan interpersonal.
TMK - Tayangan video klip makanan tradisional, persembahan powerpoint mengenai makanan tradisional pelbagai kaum di Malaysia, permainan “Jigsaw Puzzle”, permainan ‘Uji Pintar’, tayangan gambar latar belakang setiap situasi, muzik latar, dan tayangan video klip lagu ‘Makanan Tradisional’.
BCB - Kemahiran pengurusan kendiri (melalui perbincangan kumpulan) dan kemahiran mendengar dan mengambil nota.
Kemahiran Pembelajaran Kontekstual - Menghubung kait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama, dan memindahkan

Prosedur Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Elemen Pengurusan, Pembelajaran Bestari, dan Kemahiran Generik
Catatan
Set Induksi (5 minit)
1.    Guru menayangkan video klip mengenai makanan tradisional masyarakat di Malaysia.
2.    Murid-murid bersoal jawab dengan guru:
·         Apakah yang dapat kamu lihat dalam video tadi?
·         Apakah makanan tradisional bagi setiap kaum di Malaysia?
·         Bilakah makanan tradisional ini selalu dihidangkan?
3.    Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk pelajaran hari ini.



TMK - Video klip makanan tradisional.

BSPP:
Komputer riba, video klip makanan tradisional, dan LCD.

Nilai-nilai murni:
a) Menghargai semua warisan budaya yang ada di Malaysia.

Unsur Patriotisme:
Berbangga dengan kepelbagaian dan keunikan makanan tradisional setiap kaum di Malaysia.


Langkah 1 (15 minit)
1.    Murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan.
2.    Murid-murid membaca kuat  mengenai kepelbagaian makanan tradisional setiap kaum di Malaysia berdasarkan persembahan powerpoint yang disediakan oleh guru.
3.    Guru mengedarkan model makanan tradisional kepada setiap kumpulan.
4.    Murid- murid menerangkan keunikan setiap makanan tradisional berdasarkan model makanan tradisional kaum di Malaysia.
5.    Guru membimbing murid-murid untuk mendapatkan lebih idea dan maklumat.



TMK - Persembahan powerpoint mengenai makanan tradisional pelbagai kaum di Malaysia.

BCB - Kemahiran mendengar dan mengambil nota.
BSPP:
Komputer riba, persembahan powerpoint mengenai makanan tradisional pelbagai kaum di Malaysia, model makanan tradisional, dan LCD.

Nilai-nilai murni:
a) Hormat-menghormati.
b) Menghargai semua warisan budaya yang ada di Malaysia.

Unsur Patriotisme:
Berbangga dengan kepelbagaian dan keunikan makanan tradisional setiap kaum di Malaysia.


Langkah 2 (20 minit)
1.    Murid-murid berada dalam lima kumpulan.
2.    Wakil daripada setiap kumpulan diminta untuk mengambil salah satu sampul surat yang mengandungi situasi dan dialog yang perlu mereka lakonkan.
3.    Murid-murid diberikan masa selama 5 minit untuk membuat perbincangan kumpulan.
4.    Guru membimbing murid-murid dalam menjana idea untuk persembahan mereka.
5.    Setiap kumpulan dikehendaki untuk mempersembahkan lakonan mereka dihadapan kelas dalam masa 3 minit.
6.    Semasa rakan-rakan yang lain membuat lakonan, murid-murid perlulah mencatat isi-isi penting yang terdapat dalam lakonan tersebut.



TMK - Gambar latar belakang setiap situasi dan muzik latar.

KBF - Menjana idea.

TKP - Kinestetik, muzik, intrapersonal dan interpersonal.

BCB - Kemahiran pengurusan kendiri (melalui perbincangan kumpulan).
Kemahiran Pembelajaran Kontekstual - Menghubung kait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama, dan memindahkan.
- Kemahiran mendengar dan mengambil nota.
BSPP:
Gambar latar belakang setiap situasi, sampul surat yang mengandungi situasi dan dialog, komputer riba, muzik latar dan LCD.

Nilai-nilai murni:
a) Keterbukaan dalam menerima warisan budaya kaum lain.
b) Menghargai semua warisan budaya yang ada di Malaysia.

Unsur Patriotisme:
Berbangga dengan kepelbagaian dan keunikan makanan tradisional setiap kaum di Malaysia.


Langkah 3 (15 minit)
1.    Guru mengedarkan soalan permainan ‘Uji Pintar’ kepada setiap kumpulan dan menayangkan permainan ‘Uji Pintar’ kepada murid-murid.
2.    Secara berkumpulan, murid-murid dikehendaki menyelesaikan permainan itu berdasarkan kefahaman mengenai makanan tradisional kaum-kaum di Malaysia.
3.    Setiap kumpulan yang berjaya menyelesaikan setiap soalan akan diberikan token oleh guru.
4.    Permainan diteruskan lagi dengan ‘Jigsaw Puzzle’.
5.    Setiap kumpulan yang berjaya menyelesaikan ‘Jigsaw Puzzle’ akan diberikan token oleh guru.
6.    Kumpulan yang berjaya mengumpul bilangan token yang paling banyak akan diberi hadiah.


TMK - Permainan ‘Uji Pintar’ dan permainan ‘Jigsaw Puzzle’.

KBF - Banding beza.

TKP - Interpersonal.

BSPP:
Komputer riba, LCD, token, lembaran kerja, permainan ‘Jigsaw Puzzle’ dan permainan ‘Uji Pintar’.

Nilai-nilai murni:
a) Menghargai semua warisan budaya yang ada di Malaysia.

Unsur Patriotisme:
Berbangga dengan kepelbagaian dan keunikan makanan tradisional setiap kaum di Malaysia.


Penutup (5 minit)
1.    Guru merumuskan isi pelajaran pada hari ini.
2.    Guru mengedarkan lirik lagu ‘Makanan Tradisional’ kepada murid-murid.
3.    Murid-murid menyanyikan lagu ‘Makanan Tradisional’ dengan iringan muzik dan pergerakan.
4.    Guru mengucapakan terima kasih atas kerjasama yang mereka berikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.



TMK - Tayangan video klip lagu ‘Makanan Tradisional’.

TKP - Muzik dan kinestetik.


BSPP:
Komputer riba, LCD, pembesar suara, lirik lagu ‘Makanan Tradisional’ dan video klip lagu ‘Makanan Tradisional’.

Nilai-nilai murni:
a) Hormat-menghormati.
b) Menghargai semua warisan budaya yang ada di Malaysia.

Unsur Patriotisme:
Berbangga dengan kepelbagaian dan keunikan makanan tradisional setiap kaum di Malaysia.